Berbekalkan modal berbayar RM1, sebuah syarikat sudah boleh beroperasi sebagai syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Namun, ramai yang tidak mengambil kira dan merancang bagaimana untuk menguruskan syarikat.
Pemilik bukan sahaja perlu fokus untuk meningkatkan keuntungan, malah urusan pentadbiran juga perlu diambil kira.
Jom kita tengok 3 tips pengurusan bagi syarikat Sdn. Bhd.
1. Pengurusan Dokumen

Skala perniagaan yang kecil bukanlah alasan untuk mengabaikan sistem simpanan dokumen yang sistematik. Sesetengah syarikat tidak ada peruntukan untuk pengambilan staf yang boleh menguruskan dokumen kerana ingin menjimatkan kos.
Akhirnya, berlaku banyak kehilangan dokumen lebih-lebih lagi jika semua aktiviti dilakukan secara manual.
- Asingkan setiap dokumen dalam fail yang berbeza contohnya fail untuk jualan, fail untuk belian, fail untuk perbelanjaan tunai, fail untuk perbelanjaan melalui bank dan sebagainya yang bersesuaian dengan jenis perniagaan. Dokumen yang digunakan secara kerap perlu difailkan dengan baik.
- Setiap fail perlu dilabel dengan baik dan diasingkan mengikut bulan dan disusun mengikut tarikh. Sistem pelabelan fail yang tersusun dan menarik akan memudahkan capaian terhadap maklumat dan juga boleh mengelakkan kehilangan dokumen-dokumen penting.
- Fail ini perlu disusun di rak dengan kemas dan mengikut kategori yang bersesuaian. Perlu diingatkan bahawa maklumat sulit perlulah disimpan dalam kabinet yang berkunci yang hanya boleh diakses oleh individu tertentu yang dipercayai sahaja.
- Setahun sekali selepas semua dokumen tidak lagi diperlukan secara aktif, dokumen tersebut boleh diasingkan dan diikat dengan tali bagi simpanan sebagai rujukan selama tujuh tahun sebelum ianya dilupuskan.
2. Pengurusan Sumber Manusia
Pada peringkat awal, walaupun bermula dengan skala yang kecil, carta organisasi syarikat dan pengurusan sumber manusia perlulah dibuat dengan baik contohnya penetapan gaji setiap peringkat pekerja dan juga kos-kos yang akan terlibat dalam pengurusan sumber manusia.
Skop kerja mengikut pengalaman pekerja mesti dibuat supaya kadar gaji setimpal dengan kerja yang diberikan.
Adakah ia berpunca daripada masalah gaji yang tidak setimpal, tekanan kerja berlebihan atau kurangnya faedah kepada pekerja?
Kesetiaan pekerja amat penting agar pihak syarikat tidak perlu menanggung kos perbelanjaan latihan pekerja setiap kali berlaku pekerja yang berhenti.
Jika kerja tersebut memerlukan pekerja yang mahir dan terlatih, maka calon yang benar-benar layak sahaja yang perlu diambil oleh syarikat.
3. Perbelanjaan Peribadi Pemilik
Seringkali pemilik mencampuradukkan perbelanjaan peribadi dengan perbelanjaan syarikat lebih-lebih lagi jika perniagaan tersebut hanya memiliki seorang pengarah.
Ia dianggap satu kesalahan besar kerana jika tabiat ini berterusan, maka akan berlaku penggunaan modal pusingan tanpa sedar sedangkan bukan semua hasil jualan adalah keuntungan.
Ia akan memberi kesan yang tidak baik dalam laporan kunci kira-kira syarikat jika terlalu banyak aliran tunai yang tidak sepatutnya berlaku. Pemilik perlu mengelak daripada melumpuhkan kewangan syarikat perniagaan sendiri supaya syarikat dapat berkembang dengan lebih jauh.
Kegagalan syarikat beroperasi disebabkan aliran tunai yang disalahgunakan boleh meningkatkan kos pinjaman daripada pihak bank.
Pemilik syarikat yang bijak perlu melantik seorang pekerja yang benar-benar berpengalaman sahaja untuk mengurus dan memberikan khidmat nasihat kewangan supaya dapat mengawal aliran tunai dengan baik.