Di sini kami akan terangkan bagaimana cara menguruskan perniagaan dengan betul.

 

1.Akaun bank untuk syarikat

Siapa kata business kecil-kecilan tak perlu ada akaun perniagaan? Ramai yang tersilap memahami konteks ini.

Tidak kira syarikat bersaiz sederhana dan besar, semuanya memerlukan pengiraan akaun bisnes.

Dengan membuka akaun perniagaan, tidak ada lagi masalah menggunakan duit syarikat untuk perbelanjaan lain.

2. Rekod transaksi

Tahap perniagaan itu dikira sihat sekiranya peniaga merekodkan semua transaksi.

Penyata kewangan juga menjadi keperluan penting dalam urusan dokumentasi sekiranya memohon kemudahan kewangan dari bank.

3. Kos belian

Ia merujuk kepada peruntukan yang digunakan untuk membeli barangan yang akan dijual.

Kesemuanya perlu direkod dengan jelas dan lengkap.

Perlu ada tarikh, kuantiti, jenis barangan, nama penjual dan harga.

Simpan resit kesemua transaksi berkenaan.

4. Kos jualan

Anda perlu merekodkan transaksi jualan syarikat.

Ini termasuk resit pembayaran, tarikh, kuantiti, jenis barangan, nama penjual dan harga.

Jika anda menjalankan perniagaan online, pastikan pembayaran barangan atau servis dilakukan dengan online transfer ke dalam akaun bisnes.

5. Kos-kos lain

Ini merujuk kepada kos pengangkutan, sewa pejabat, gaji pekerja dan bil elektrik serta air.

Gunakan cek untuk urusan pembayaran bil, pembekal dan gaji pekerja kerana transaksi ini boleh diperolehi semula jika kehilangan resit.

6. Ambilan dan modal

Ia merujuk kepada pertukaran barangan jualan dengan akaun peribadi.

Ambilan bermaksud mengambil satu produk yang dijual atau wang daripada akaun perniagaan bagi kegunaan peribadi.

Modal pula menggunakan wang peribadi bagi urusniaga perniagaan.

Kedua-dua transaksi ini perlu direkodkan.

7. Petty cash

Wujud jika berlakunya pembayaran emergency seperti membayar kos baikpulih aircond dan sebagainya.

Namun, anda dinasihatkan untuk meminimumkan jumlah petty cash yang ada.

Ini untuk mengelakkan pengambilan wang yang banyak untuk kegunaan sendiri.

Apa kepentingan akaun perniagaan?

 

1.Elak curi duit syarikat

Duit perniagaan ini seharusnya digunakan dalam tujuan pusingan modal, pembayaran kos dan pelaburan.

Jangan membiasakan diri menggunakan duit syarikat untuk urusan peribadi.

2. Pengurusan sistematik

Dengan adanya sistem perakaunan yang betul, ia akan memudahkan urusan.

Peniaga juga digalakkan melantik akauntan bertauliah untuk menguruskan akaun syarikat, selain bertindak sebagai konsultan anda.

3. Tidak lost track

Apabila kesemua transaksi direkodkan, ia membantu peniaga merangka ‘sales target’ untuk tempoh tertentu.

4. Kelangsungan perniagaan dan syarikat

Hal-hal berkaitan kos perbelanjaan perniagaan, kos jualan dan untung-rugi syarikat perlu diketahui.

Begitu juga dengan beberapa perkara lain termasuk pembayaran cukai.

Sekarang anda sudah faham kepentingan akaun syarikat dan bagaimana untuk menguruskannya, bukan?

 

Sekiranya anda masih memerlukan bantuan dalam urusan akaun perniagaan, kami boleh membantu.